Thursday, July 11, 2013

i want this and i dont want this


* aku tak ingin di pandang cantik oleh ramai lelaki. tetapi, aku hanya ingin nampak cantik 
  di mata suamiku kelak. 

* tidak ada gunanya bagiku menjadi wanita idaman ramai lelaki kerana aku hanya ingin       
  menjadi wanita idaman suamiku kelak. 

* aku tidak akan merasa bangga jika aku menjadi rebutan ramai lelaki di luar sana, malah 
  aku akan merasa lebih bangga jika aku selalu menjadi pujaan suamiku sendiri.

* aku juga tidak mahu menjadi punca lelaki kecewa kerana aku selalu memberi harapan dan 
  janji kepada ramai lelaki . 

* kelak jika aku bersuami, aku tidak ingin suamiku memandang wanita lain selain aku. Oleh itu, aku haruslah terlebih dahulu menundukkan pandanganku daripada memandang lelaki lain.

* aku juga akan belajar memperbaiki diri dan menghias diri, jika itu yang boleh     
  membahagiakan suamiku . 

* dan sekiranya aku mahu lelaki yang baik menjadi suamiku , maka aku haruslah menjadi 
  wanita terbaik terlebih dahulu .


                       " sesungguhnya Allah S.W.T telah menjanjikan lelaki yang 
                          baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya "

No comments:

Post a Comment