I would love a man who would take a
lot of picture of me, even thought I don't
like that pictures .
While I'm doing something completely
random and he says " wait, wait, wait just
stay right there !"
And he takes his camera, while taking the
picture he mumbles, "Beautiful"
Yeahh , that would be very nice and soo sweet !
this is a girl things
senyumlah walaupun jauh di sudut hati , kamu sedang bersedih :)
Friday, February 7, 2014
Monday, July 29, 2013
gelak sakan sambil guling - guling . kikikikiki
kalau tak gelak , serius memang takde perasaan la tuhh . tak pong urat ketawa putus kot . wakawaka
oraite . oraite . alkisahnya bermula apabila si Timah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya [ orang putih ] ...
oleh kerana malu untuk face to face si Timah memutuskan untuk mengutus surat dan surat tersebut berbunyi :
___________________________________________
Hi , my motivate write this letter is to give know you something .
I WANT TO CUT A CONNECTION US . I have think about this cook cook .
I know I just clap one hand . Correctly , I have seen you and she together gether at town with eyes myself . I no trust you again ! you're crocodile land ! I hate you !
My friend speak you play wood three . And know I know you really really play wood three . So , I want break connection to avoid my body from love triangle . I know this result that I pick is very correct because you love she more from me . I break off to go far from here . I have been cry until finish my eyes water it all about thinking of you . I not willing you to play play with my liver anymore . I also don't want banana fruit to times . safe walk ..
truely ,
Timah
Sunday, July 28, 2013
slip MUET hilang . tskk tskk
jujur pelik tajuk entry kali niii . biar lahhh . sobss sobss sedih kot mende penting cenggitu boleh hilang . dah post dah dekat entry lepas camne bolehh hilangg . wakawaka
akhirnya , penantian sudah berakhir . dah dapat balik dah mende alah tuhh . Alhamdulillah . heeeeee . seriously , penantian itu satu penyeksaan . hadesss
so , motif nye nak kongsi camne care nak dapatkan balik slip Muet / STPM yang hilang . macam budok tuuuu yang slip muet hilang tuuu . sapee lahh tuuu kannn . heeeee careless betoll . tu lah sape suhh gi buang sekali dengan kertas yang bajet macam tak guna dahh . hahaha padam mukeee . wuuuu *diri sendiri sebenarnye . kikikikiki
oraitee . print dulu surat permohonan slip [ klik sini ]
pastu , sediakan :
- fotostat IC anda yang telah disahkan oleh orang yang layak , JKKK ke . jangan sahkan sendiri pulakk . heeeeee
- sampul surat besaiz a4 pastu tulis alamat kite kat situ
- beli setem yang berharga RM2 lepas tu lekatkan dekat sampul surat yang bertulis alamat kite
- beli wang pos yang berharga RM20 atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan
kemudian isi segala butiran dalam surat pemohonan tu pastikan semua maklumat betol yeee =='
ok lepas sediakan satu lagi sampul surat yang boleh muatkan senarai kat atas tu dan poskan kepada :
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM , Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
oraitee . kalau nak cepat sampai buat la pos laju . yang ritu aku buat pos ekpress . dalam masa sepuluh hari sampai mende alah tuh kat umah aku . so , mohon kalian sabar menunggu . InshaAllah sampai la penyata slip tuhh . ^_^
Thursday, July 11, 2013
seriously kelakar ! tolong jangan baca . hahaha
wahai lelaki .. hahaha , kalian sungguh unik . unik ke ? kadang - kadang geram pong ade . *heeeeeee
lelaki itu lurus bendul . ye ke ? *maut je entry kali nim . aaaummmm
nak tahu ye ke tak . jom survey ..
kisah 1
si suami telefon si isteri
suami : yang , masak ape hari ini ?
isteri : alah , penatlah bang . asyik hari - hari masak . balik
dari ofis nanti abang makan la siap - siap kat luar .
**si suami balik dari ofis terus pegi kedai mamak . tibai nasi
beriyani dengan kari kambing . sampai je kat rumah ,
sendawa perrgghhh bau kambing .
tiba - tiba si isteri jerit dari dapur " bang , jom makan .
saya masak ikan tiga rasa , sup ayam , telur bistik sama ayam goreng kunyit ni . "
si suami pegi dapur , terkulat - kulat pandang meja penuh dengan makanan . sedangkan perut dah kenyang tibai nasi beriyani sama kari kambing ! akhirnya si suami bersuara
" yang , awak ni ade kecelaruan mental ke ? "
maka merajuklah si isteri , maka tido di bilik sebelahlah si suami tersebut ..
kisah 2
si isteri bebel kat si suami
" abang ni , kalo duduk kat rumah asyik sepah -sepah rumah
je . penat tau saya nak kemas -kemas rumah , nak uruskan
anak - anak , nak masak lagi . asal abang tak pegi mancing
ke , lepak - lepak ke pegi main bola ke . pegilah , pegilah
saya nak rehat dengan anak - anak kat rumah ni "
**si suami punyalah seronok weiii .. terus bangun , masuk
bilik then tukar baju siap - siap nak keluar . capai kunci
kerete , capai telefon , capai wallet . and then , keluar
bilik . tibe - tibe tengok si isteri dan anak - anak dah siap
pakai lawa - lawa .
si isteri : banggg , bini awak sama anak - anak ikut sekali
ehh ?
si suami : errrkkk - , -
kisah 3
" abang ni asyik tengok tv je . abang tak kesian ke kat isteri
abang ni .. tengok tangan dah kasar dah asyik buat keje
rumah je . abang tolonglah lipatkan Banjaran Titiwangsa
kat dalam bilik pakaian kite tu bang . "
**si suami dengan muka seposen masuklah bilik , lipat kaen
sekali si isteri pegilah bilik nak jengok si suami . tetibe , kene serangan kilat
" banggg , awak lipat kaen ape macam ni bangg ? "
" ya Allah kenapa kolar baju abang lipat ke dalam ni bang ? "
" kenapa spender ni awak lipat dua ? "
" kenapa abang tak terbalikkan dulu baju ni sebelum lipat ? "
" kenapa ? kenapa ? kenapa ni banggg ? "
kisah 4
si suami telefon si isteri
si suami : yang , abang ade kat kedai mamak ni . awak ade
nak pesan pape tak ?
si isteri : tak nak lah bang . bini awak tengah diet ni .
**si suami pong balik rumah , melenggang tak beli pape .
si isteri dah tarik muncung dah siap lari pegi bilik sebelah .
si suami pong datang ..
si suami : kan tadi sayang cakap tak nak pesan pape .
si isteri : memanglah orang cakap orang tak nak pesan
pape . tapi at least belilah pape je .
si suami : " eh bini aku ni , mane satu ni ? erkkkk - , -
kisah 5
si isteri : nah , amek anak abang ni . tolong pakaikan
pampers , pakaikan baju sekali . saya nak pegi
dapur kejap .
si suami : yang , nak bagi pakai baju yang mana satu ni
yang ?
si isteri : alah abang ni , pakai jela baju mane - mane
pong . punyelah banyak bakul baju anak kite tu .
**si isteri senyum tengok anak dah siap pakai baju . tetibe ,
" ya Allah , abang bagi anak kite pakai baju pesen ape ni
bang ? baju Boboiboy , seluar upin ipin . ishh abang ni . "
__________________________________________________
kesian lelaki ..
after this , pliss alert ye !
i want this and i dont want this
* aku tak ingin di pandang cantik oleh ramai lelaki. tetapi, aku hanya ingin nampak cantik
di mata suamiku kelak.
* tidak ada gunanya bagiku menjadi wanita idaman ramai lelaki kerana aku hanya ingin
menjadi wanita idaman suamiku kelak.
* aku tidak akan merasa bangga jika aku menjadi rebutan ramai lelaki di luar sana, malah
aku akan merasa lebih bangga jika aku selalu menjadi pujaan suamiku sendiri.
* aku juga tidak mahu menjadi punca lelaki kecewa kerana aku selalu memberi harapan dan
janji kepada ramai lelaki .
* kelak jika aku bersuami, aku tidak ingin suamiku memandang wanita lain selain aku. Oleh itu, aku haruslah terlebih dahulu menundukkan pandanganku daripada memandang lelaki lain.
* aku juga akan belajar memperbaiki diri dan menghias diri, jika itu yang boleh
membahagiakan suamiku .
* dan sekiranya aku mahu lelaki yang baik menjadi suamiku , maka aku haruslah menjadi
wanita terbaik terlebih dahulu .
" sesungguhnya Allah S.W.T telah menjanjikan lelaki yang
baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya "
Friday, July 5, 2013
ramadhan is coming !
Assalamualaikum :)
woot woot . ' ramadhan just around the corner ' . ' ahlan wa sahlan ya ramadhan ' . tinggal
beberape hari je lagi sebelum berpuasa nim . bersedia kah aku ? bersedia kah kite ?
haissshh banyak dugaan bulan puasa nim . dugaan dengan diri sendiri , dugaan dunia .
' sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu '
' wahai orang - orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang - orang yang terdahulu sebelum kamu supaya kamu bertaqwa '
[al - baqarah 183]
so terasa tak seronoknya
bahangnya kan ^^ . bile dah petang semua duk kalot kat meja makan , tunggu waktu
berbuka . lagi seronok dan beronok - ronok kalau dapat berbuka satu family . meriah tuuu .
tapi , mane - mane yang duk jauh dari family tu memang sedih ahh . time tu ah berbuke
sorang - sorang .time tu jugak ah duk teringat masakan mak kat kampung . sedihhh
wooo . sobss sobss *sambil lap air mata
tapi , bile dah besar nim laen sangat suasane puasa . teringat zaman kecik - kecik dulu ,
umah pukul 12 tengah hari camtu muke monyokk je dahage punye pasal . balik - balik terus
gi dapur buke peti ais , minum dulu .hahahaha . bile time nak berbuke , sibuk je kat dapur
nak bukak puasa jugakk . lepas time berbuke tu tunggu kawan pulak , nak ajak maen
tanglong la , maen lilin la , maen kawen - kawen maen mercun tapi mercun bawang je lah .
rindu zaman tu *soobbss
so kite recheck balik diri kite . masa ni jugak lah kite nak pulun habis - habisan kerana
pada bulan mulia ni lah pintu syurga dibuka seluas - luasnya , syaitan - syaitan dibelenggu .
dan pada ketika inilah kite diuji sejauh mana kita dapat mengawal hati kite serta sejauh
manakah kite dapat menundukkan hawa nafsu kite .
jom check balik ..
yuk buat checklist amalan - amalan yang patut kite buat
Diriwayatkan bahawa , Rasulullah S.A.W bersabda : Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu golangan yang berpuasa , pemimpin yang adil dan orang - orang yang teraniaya
oleh itu , sama - samalah kite berusaha memperbanyakan ibadah di bulan mulia ini .
semoga kite berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar yang telah dijanjikan oleh Allah
S.W.T sebagai satu malam yang paling mulia dan lebih baik dari seribu bulan . moga kite
tergolong dalam kalangan orang - orang yang beruntung dan diampunkan dosa . amin :)
Subscribe to:
Posts (Atom)